TOPIK 6 UJIAN KECERGASAN

6.1.1 Larian 2.4km
Larian 2.4 merupakan salah satu bateri ujian bagi mengukur daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedarkan darah beroksigen ke otot-otot secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ujian larian 2.4km ini memerlukan satu kawasan balapan, jam randik dan wisel.

6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
Ujian tekan tubi tanpa henti merupakan ujian yang boleh dilakukan untuk menguji komponen daya tahan otot.  Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan pergerakan atau kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang tanpa cepat rasa letih.

1.    Naikkan badan dari lantai dengan menegakkan lengan. Kepala dan badan hendaklah lurus hingga ke lutut.
2.    Tolakkan badan ke atas dengan tangan sehingga kedua-dua lengan lurus. Badan berada dalam keadaan lurus.

6.1.3 Indeks Jisim Badan
Merupakan satu ukuran yang memberi gambaran kepada komposisi badan seseorang individu. Komposisi tubuh badan merujuk kepada peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding dengan tisu badan yang lain seperti tulang dan otot. Indeks Jisim Badan ini membandingkan berat badan dengan ketinggian individu.

6.1.4 Jangkauan Melunjur (SEGAK)
Merupakan satu ujian yang dilakukan bagi mengukur kelenturan /fleksibiliti seseorang individu. Kelenturan atau fleksibiliti merujuk kepada keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen untuk melakukan pergerakan dengan licin pada julat pergerakan yang maksimum. Ujian jangkauan melunjur ini diperkenalkan oleh Curefon pada tahun 1941. Kelenturan/fleksibiliti amat penting untuk melakukan sebarang aktiviti sukan dengan baik terutamanya gimnastik, renang, sukan terjun dan sebagainya.

6.1.5 Lompat Jauh Berdiri
Ujian ini digunakan untuk menguji kekuatan otot individu. Kekuatan otot merujuk kepada keupayaan otot untuk mengatasi rintangan atau bebanan yang dikenakan ke atasnya.

6.2 UJIAN KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR
Bateri ujian dalam bahagian ini adalah untuk mengukur komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor. Komponen-komponen kecergasan berlandaskan kemahiran motor adalah seperti berikut :

a. Kelajuan
b.Ketangkasan
c. Koordinasi
d. Masa Tindak Balas
e. Imbangan
f.  Kuasa

6.2.1 Lari Pecut 30m
Ujian lari pecut 30m digunakan untuk menguji komponen kelajuan. Kelajuan merujuk kepada kemampuan seseorang individu untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa yang singkat.

6.2.2 Lari Ulang-alik 10m
Ujian lari ulang alik 10m digunakan untuk menguji komponen ketangkasan seseorang individu. Ketangkasan merujuk keupayaan seseorang individu melakukan pergerakan berturutan / mengubah kedudukan badan dengan cepat di samping dapat mengawal pergerakan. Ujian ini bertujuan untuk menguji kepantasan, ketangkasan dan koordinasi individu.


6.2.3 Mengelecek Bola Keranjang
Ujian mengelecek bola keranjang digunakan untuk menguji komponen koordinasi seseorang individu. Koordinasi merujuk keupayaan seseorang individu menyelaraskan anggota badan semasa membuat sesuatu pergerakan atau pekerjaan dengan sempurna dan selamat. Koordinasi juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan sistem motor yang berasingan untuk bergabung bagi menghasilkan corak pergerakan yang berkesan. 

Ujian lompat kuadran digunakan untuk mengukur komponen masa tindak balas seseorang individu. Masa tindak balas merujuk kepada keupayaan seseorang individu bertindak balas terhadap rangsangan dalam jangka masa yang singkat.

6.2.5 Dirian Bangau
Ujian dirian bangau digunakan untuk mengukur komponen imbangan statik seseorang individu. Imbangan ialah keupayaan seseorang mengekalkan kedudukan badan sama ada sewaktu bergerak ataupun tidak. Imbangan terbahagi kepada dua,iaitu,imbangan statik dan imbangan dinamik.

6.2.6 Hand Grip Dynamometer

Salah satu ujian yang boleh digunakan untuk mengukur komponen kuasa seseorang individu ialah ujian hand grip dynamometer. Kuasa merujuk keupayaan otot menghasilkan daya yang maksimum untuk melakukan sesuatu kerja pada masa yang singkat.

3 comments: