10.1
PENGENALAN KEPADA RAWATAN DAN PEMULIHAN
Penglibatan aktif dalam sukan dan permainan mengundang kecederaan
sekiranya latihan yang dilakukan tidak mengikuti prinsip-prinsip latihan yang
ditetapkan. Rawatan yang sistematik akan mempercepatkan kadar pemulihan dan
atlet boleh bergiat cergas dalam semula masa yang singkat.
10.1.1
Konsep dan Definisi
Kecederaan yang berlaku memerlukan rawatan serta pemulihan yang sistematik.
Rawatan bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu
mula kepada kecederaan.
10.1.2
Prosedur Rawatan
a)
Rawatan bantu mula bermaksud rawatan
awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius.
b)
rawatan berterusan adalah rawatan yang diberikan sewaktu fasa pemulihan kecederaan.
Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu
dilakukan terlebih dahulu. Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk
tujuan berikut :
a.
Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu
diberikan.
b.
Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan
diberikan.
c.
Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan
rawatan pemulihan.
Selain dari penilaian awal, penilaian berterusan juga perlu dilakukan.
Tahap-tahap membuat penilaian adalah seperti berikut :
a.
Sewaktu berlaku kecederaan, kenal pasti rawatan
bantu mula dan tahap kecederaan.
b.
Sebelum rawatan permulaan, tentukan jenis-jenis
rawatan pemulihan yang perlu diberikan.
c.
Sewaktu rawatan pemulihan, pastikan keberkesanan rawatan
yang diberikan.
d.
Sebelum atlet dibenarkan melibatkan diri semula,
tentukan jenis latihan yang sesuai bagi menentukan tahap kesediaan atlet.
Senarai Semak sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula
- Matlamat
i.
Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau
tidak.
ii.
Menilai tahap kecederaan.
iii.
Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak.
Rawatan bantu mula perlu dimulakan dengan penilaian awal. Penilaian awal
akan menentukan sama ada terdapat masalah dalam perkara-perkara di atas.
- Atlet sedar atau tidak
- ABC merujuk kepada saluran udara (Airways),
pernafasan (Breathing), peredaran darah (Circulation)
- Pendarahan
Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan
sekunder.
- Bagaimana Kecederaan Berlaku
i.
Atlet sekiranya beliau sedar
ii.
Rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan
- Pemerhatian
Sewaktu melakukan tinjauan sekunder
i.
Kedudukan/posisi atlet tersebut
ii.
Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma)
iii.
Trauma
·
Lihat sama ada terdapat kecederaan kepala
·
Lihat sama ada terdapat perubahan bentuk pada
tulang, bengkak atau lebam
·
Kesan-kesan kejutan (berpeluh, pucat, lemah)
iv.
Tindak balas atlet terhadap kecederaan
c.
Saringan Umum
i.
Lakukan penilaian bagi deria sentuh dan pergerakan
sekiranya mengesyaki kecederaan pada tulang belakang atau saraf
ii.
Lakukan penilaian neuromuskular sekiranya
mengesyaki patah, retak atau dislokasi tulang
iii.
Lakukan penilaian untuk kecederaan di kepala
iv.
Lakukan penilaian ortopedik
- Sentuhan
- Julat pergerakan dan kekuatan
- Ujian khas
v.
Seliaan berterusan sekiranya atlet mengalami
kejutan’
10.2.1
Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DR.ABC
D = Danger :
Pastikan atlet tidak berada di tempat yang berbahaya dan boleh
memburukkan keadaan.
R= Response
Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Contoh: panggil nama
atlet dan cuba berbual dengan beliau..
A = Airways
Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh: atlet mungkin
mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan ianya mungkin tersekat di
kerongkong.
B = Breathing
Pastikan atlet bernafas.
C=Circulation
Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.
10.2.2
Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs)
T = Talk
Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.
O = Observe
Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan
perubahan warna kulit di tempat yang cedera.
T = Touch
Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan
dalam suhu di tempat yang cedera.
A = Action
Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi melihat sejauh manakah tahap
kecederaan tersebut.
P = Press
Perlahan-lahan tekan tempat yang cedera
10.2.3
Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE)
Rawatan RICE dilakukan bagi kecederaan-kecederaan seperti lebam dan
terseliuh.
R = Rest
Rehatkan atlet.
I = Ice
Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan
tuala.
C=Compression
Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan
membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej.
E = Elevation
Naikkan kawasan yang
cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah.
10.2.4
Elevation, Airways, Resuscitation (EAR)
Rawatan EAR diberikan kepada atlet yang tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan
nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung
(resuscitation), pastikan tidak ada benda asing dalam mulut atlet.
10.2.5
Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
Rawatan CPR diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak
mempunyai denyutan nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau
mulut ke hidung (resuscitation).
Rawatan CPR ini adalah kombinasi antara memberikan pernafasan mulut ke mulut
diselang-selikan dengan tekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya.
10.3.1
Rawatan Dingin
Rawatan dingin adalah yang paling mudah dan ianya merupakan rawatan awal
bagi kesemua kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan terbuka.
Rawatan dingin boleh dilakukan dengan merendam kaki atau tangan dalam baldi
berisi air dan aisd dalam suhu air ini berada sekitar 55 hingga 65ºF.
Rawatan dingin hanya dilakukan selama 15 ke 20 minit atau setelah warna
kulit berubah kemerah-merahan.
10.3.2
Rawatan Panas
Rawatan panas biasanya dilakukan setelah berhentinya radangan awal.
Penggunaan rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana
saluran-saluran darah akan membesar.
Rawatan panas boleh dilakukan dengan menggunakan hydrocollator. Sebagai
alternatif, tuala yang direndam dalam air panas boleh digunakan.
Rawatan panas dilakukan selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi
mengelakkan kecederaan yang lebih serius.
10.3.3 Rawatan Bertentangan
Rawatan bertentangan merupakan
suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya
masih terdapat radang (bengkak dan sakit) pada kawasan yang cedera walaupun
selepas 72 jam kecederaan berlaku.
10.3.4
Urutan
Urutan merupakan manipulasi badan dengan menggunakan tangan. Urutan
mempengaruhi sistem saraf, otot dan peredaran darah. Urutan penting kerana ia
dapat membantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan yang cedera.
No comments:
Post a Comment