8.0
Definisi
Pemakanan
adalah satu kajian mengenai nutrien dalam badan yang diperoleh melalui kelas
makanan yang diambil oleh seseorang atlet ataupun orang biasa. Aspek pemakanan
juga amat penting kepada setiap atlet supaya dapat membekalkan tenaga yang
mencukupi dan dapat menjalankan aktiviti sukan dengan baik. Aspek pemakanan
juga boleh menjamin latihan dan pertandingan yang berpanjangan kepada atlet dan
dapat mengekalkan tenaga dan keperluan
dalam badan.
Pemakanan
boleh didefinisikan sebagai kajian yang berkaitan dengan makanan dan nutrien
serta kesannya kepada tahap kesihatan, tumbesaran, dan perkembangan otak dan
anggota badan kepada manusia. Manakala definisi pemakanan dari pandangan sukan
pula, bermaksud agihan kelas pemakanan bagi dan strategi pemakanan oleh manusia
atau ahli sukan untuk menjaga tahap kesihatan, menyesuaikan pemakanan kepada
latihan, memendekkan tempoh pemulihan atau mempercepatkan masa selepas latihan
dan meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan pertandingan.
Terdapat
beberapa kepentingan dalam aspek pemakanan dalam sukan bagi meningkatkan
prestasi dalam sukan. Salah satu darinya ialah, pemakanan yang stabil atau
seimbang dapat mengelakkan atlet dari mengidap masalah kesihatan seperti
penyakit kronik yang menjadi penghalang kepada atlet dalam menceburi bidang
kesukanan. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh meningkatkan prestasi
atlet dengan zat dan nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh badan dalam.
Sebagai contoh, pelari marathon atau jarak jauh memerlukan minuman isotonik yang
banyak bagi menggantikan cecair yang digunakan semasa menjalankan sukan
tersebut dan atlet marathon harus mengurangkan makanan yang berkolesterol
tinggi.
Seterusnya
kelebihan aspek pemakanan juga boleh memberi keperluan nutrien bagi membaiki
tisu-tisu yang rosak, pembesaran otot dan meningkatkan tumbesaran badan. Selain
itu, pemakanan yang seimbang dapat mencapai dan mengekalkan berat badan yang
ideal kerana setiap jenis makanan yang diambil bersesuaian dengan latihan yang
dijalankan dan kadar nutrien yang diperlukan oleh badan telah mencukupi. Oleh
yang demikian, aspek pemakanan sangat penting kepada atlet mahupun orang awam
kerana pemakan yang seimbang boleh mengekalkan kesihatan dan prestasi seseorang
itu yang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
8.1
Komponen Asas Pemakanan
Setiap jenis makanan
selalunya mengandungi campuran daripada bahan kimia. Selepas seseorang makan
proses penghadaman berlaku dalam perut. Semasa proses penghadaman berlaku bahan-bahan makanan yang kompleks
dapat dipecahkan kepada beberapa bahan yang ringkas di mana bahan tersebut
dapat di larut oleh bada. Seterusnya,
bahan simpanan ini ditukar pula kepada glukosa dan dihuraikan lagi
kepada karbon dioksida dan air (CO2 dan h2 o). Melalui proses tersebut akan
berlaku tenaga yang akan dibebaskan bagi keperluan tumbesaran dan aktiviti
fisiologi badan.
Terdapat kandungan zat
dalam makanan yang di makan oleh manusia iaitu;
Ø
Karbohidrat
Ø
Protein
Ø
Lemak
Ø
Garam
Galian
Ø
Vitamin
Ø
Air
Zat Makanan
|
Fungsi
|
Jenis Makanan
|
||||||||||||||||||||||||
Karbohidrat
|
Membekalkan
bahan tenaga kepada sel-sel badan
|
|
||||||||||||||||||||||||
Protein
|
Menyatukan sel-sel
badan. Mempercepatkan kuasa tindak
balas kimia di dalam sel-sel badan pembentukan DNA dan RNA
|
|
||||||||||||||||||||||||
Lemak
|
Sumber tenaga tetap,
mengawal suhu badan, melindungi organ penting seperti jantung.
4 jenis Vitamin
(A,D,E,K)
|
|
||||||||||||||||||||||||
Garam
Galian
|
1) Membina dan menjaga
tulang serta gigi
2)Perimbangan kimia
dalam darah
3) Pembentukan
Hemeglobin dalam sel darah merah dan cegah penyakit anemia
4)Cegah daripada
penyakit begut.
|
|
||||||||||||||||||||||||
Vitamin
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
Air
|
Merupakan unsur penting
dalam badan.
=Mengawal kepekatan
darah
=Mengawal suhu badan
=Perkumuhan dalam badan
=Memelihara protoplasma
|
|
Klasifikasi makanan
Piramid makanan
Makanan yang diambil
berdasarkan piramid makanan seperti gambar rajah 1.2 dapat memastikan tubuh
memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi membantu tumbesaran
badan.
Berpandukan rajah 1.2 piramid makanan
terdapat 4 aras yang perlu diketahui iaitu;
Aras 4 Makan paling sedikit: Lemak,
minyak, garam dan gula
Aras 3 Makan secara sederhana: Susu,
dadih, keju, ikan, ayam, daging dan kacang
Aras 2 Makan secara lebih: Buah-buahan
dan sayur-sayuran
Aras 1 Makan paling banyak: Bijirin, dan
hasil bijirin seperti ubi dan roti
8.2
Pemakanan sebelum, semasa dan selepas latihan atau pertandingan
Pemakanan adalah penting bagi atlet
bagi mempersembahkan prestasi yang baik oleh itu para atlet haruslah mengambil
makanan mengikut masa dan had yang ditentukan bagi menjamin kualiti prestasi.
Sebagai contoh, pengambilan makanan yang berkarbohidrat dapat membekalkan
tenaga dan membolehkan atlet menjalankan latihan dengan masa yang lebih lama
kerana memiliki tenaga yang mencukupi. Cara pengambilan makanan haruslah
mengikut masa sebelum, semasa dan selepas latihan ataupun pertandingan.
Terdapat jadual di bawah yang menunjukkan cara pemakanan bagi atlet.
Latihan
|
Jumlah
yang perlu diambil
(gram / kg berat badan)
|
Waktu
|
Contoh Makanan
|
Sebelum
|
4
- 5
|
4 jam sebelum latihan
|
Nasi,
buah-buahan
|
Semasa
|
1.0
|
Setiap
15 – 20 minit selepas latihan bermula
|
Minuman
Berkarbohidrat
|
Selepas
|
1.0
|
Selewat-lewatnya
2 jam selepas latihan tamat
|
Nasi,
kentang, roti, glukos
|
8.3
Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan
Bantuan ergogenik dalam pemakanan
merupakan satu bantuan dari bahan makanan atau satu fenomena dalam sesuatu
pertandingan yang di mana dapat membantu meningkatkan prestasi fizikal atlet.
Sebagai contoh, seorang atlet sedang berusaha sedaya upaya untuk berjuang dalam
sesuatu pertandingan kerana mendapat sorakan dan sokongan dari penyokong yang
boleh menaikkan semangat atlet tersebut sekali gus prestasi atlet tersebut
boleh meningkatkan atau seorang ahli angkat berat menggunakan steroid bagi
membantu beliau untuk mengangkat bebanan yang berat.
Jenis
|
Kelebihan
|
Keburukan
|
Acara sukan
|
Kreatin
|
Membantu menyimpan lebih ATP dalam sel otot
|
Tiada diketahui
|
Bola sepak, larian pecut
|
Beta-Blockers
|
Mengurangkan perasaan gemuruh, pening
kepala kerana migrain
|
Mengurangkan tekanan darah; bahaya bagi
atlit yang berpenyakit asma
|
Menembak, terjun
|
Steroid
|
Membesarkan otot Meningkatkan kekuatan
|
Jantung rosak; alat kelamin menjadi
kecil; ketagih
|
Angkat berat;
Lari pecut, renang
|
Blood Doping
|
Melambatkan kelesuan, prestasi
meningkat
|
Jangkitan kuman AIDS; tekanan darah
meningkat
|
Lumba basikal; Larian jarak jauh
|
Tokokan karbohidrat
|
Meningkatkan prestasi
Melambatkan rasa kelesuan
|
Tiada di ketahui
|
Bola Sepak, hoki, bola jaring
|
No comments:
Post a Comment