TOPIK 9 KECEDERAAN DALAM SUKAN

9.1.1 Konsep dan Definisi
Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan. 

9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot, manakala, kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang.

a.     Ligamen
Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut, iaitu, serabut putih dan serabut elastik kuning. Ligamen serabut putih adalah kuat dan tidak elastik seperti ligamen elastik kuning. Ini adalah faktor yang menstabilkan sendi serta mengelakkan pergerakan yang berlebihan yang akan merosakkan sendi
·         Seliuh
Seliuh adalah kecederaan pada serat-serat ligamen.  Ligamen yang terlibat mungkin terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Seliuh sering berlaku kepada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut.
b.     Tendon
Terdiri daripada kolagen dan tersusun memanjang. Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot. Di abdomen, tendon adalah leper sementara di bahagian lengan, tendon adalah bulat dan panjang seperti pensil.
·         Tendon Terputus
Tendon-tendon yang sering terlibat ialah tendon archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keseluruhan atau sebahagiannya sahaja. Anggota badan yang terlibat agak sukar untuk digerakkan sekiranya ini berlaku.

c.     Otot
Otot kardiak terdapat di jantung, otot licin adalah otot-otot yang terdapat di dinding usus kecil dan besar. Otot menggerakkan tulang serta menyebabkan pergerakan di sendi dikenali sebagai kumpulan otot skeletal.

·         Kekejangan Urat dan Kekejangan Otot
Ia boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Kekejangan boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku.  Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
·         Koyak Otot
Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau melibatkan keseluruhan otot.  Kerana tujuan untuk mendapatkan prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas.  Ini menyebabkan otot koyak dan atlet rebah (jatuh).

d.     Tulang
Tulang terdiri daripada serat kolagen yang dipupuk dengan bahan kalsium, fosforus, oksigen, hidrogen, florida dan magnesium. Tulang adalah tisu yang keras dan elastik.
·         Patah Tulang
Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Tanda-tanda ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pergeselan hujung tulang yang terlibat.

e.     Sendi
Sendi ialah kawasan percantuman di antara dua tulang panjang.  Sendi dibahagi kepada beberapa jenis, iaitu fibrous, kedua tulang melekat sesama sendiri. Contohnya ialah sendi di antara tibia dan fibula di kawasan tumit. Sendi cartilagenous pula merupakan rawan yang terdapat di antara tulang sendi, manakala sendi Synovial merupakan sendi di mana kedua-dua tulang diselaputi rawan dan mengandungi kapsul yang berisi cecair.  Contohnya ialah sendi lutut.

·         Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)
- Dislokasi /kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.
- Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.

9.1.3 Prinsip Pencegahan
a.     Memanaskan Badan
b.     Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-ansur
c.      Tempoh Latihan
d.     Intensiti
e.     Kesanggupan Diri
f.      Kekuatan
g.     Motivasi
h.     Pengkhususan
i.       Relaksasi
j.       Rutin

9.2.2 Kepentingan Memanaskan Badan
Memanaskan badan atau warm-up digunakan untuk menerangkan beberapa jenis aktiviti seperti regangan (stretching), kelenturan (flexibility), kalistenik dan sebagainya. Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.



9.2.3 Ansur Maju Latihan
Ansur maju latihan ialah program sukan spesifik yang mengandungi latih tubi (drilling) secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi semula untuk bertanding.

9.2.3.1 Faedah Ansur Maju Latihan
a.     Mempromosikan kesembuhan
b.     Menyediakan ukuran perkembangan
c.      Mendirikan bridge ke penyertaan
d.     Meningkatkan keyakinan diri.
e.     Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.

9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan
Aktiviti memanaskan badan adalah suatu langkah awal bagi mengelakkan kecederaan.
a.     Warm-up untuk memanaskan seluruh badan.
b.     Warm-up khusus untuk memanaskan otot yang bakal digunakan dalam pertandingan.
c.      Warm-up mirip perlakuan pertandingan, iaitu, dengan menggerakkan otot mengikut pergerakan sebenar sesuatu jenis sukan.

Menurut Vasudevan (1989), aktiviti-aktiviti memanaskan badan penting semasa pertandingan.
a.     Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.
b.     Melunjur (stretching). 
c.      Berlari pecut. 
d.     Senaman khusus (specific exercise). 

Pelbagai cara bagi mengelakkan kecederaan.
a.     Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang merungut sakit di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi-sendi dan tekanan (stress). 
b.     Memilih permainan-permainan yang sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.
c.      Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan terutamanya dikalangan kanak-kanak.
d.     Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediakan dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya. Taktik menutup muka dengan tangan semasa mengelunsur ke arah base dalam permainan sofbol adalah baik bagi mengelakkan kecederaan.
e.     Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.
f.      Menjalankan ‘coditioning’ yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.  Ini dapat mengelakkan kecederaan di kalangan atlet-atlet.
g.     Mengelakkan menggunakan bebanan yg berat / ulangan yg rendah bg kanak-kanak.  Keadaan ini akan menyebabkan tisu otot-otot kanak-kanak koyak.
h.     Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.
i.      Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktiviti. Keadaan emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.


9.2.5 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan
Kecederaan boleh berlaku sekiranya gelanggang atau kemudahan  peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin, Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.

9.2.6 Peralatan Perlindungan

Peralatan perlindungan adalah bermaksud alat yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Sebagai contoh, ‘Batting Helmet “untuk pemukul (softball, baseball dan kriket) adalah wajib dipakai bagi mengelakkan kecederaan kepala.

No comments:

Post a Comment