TOPIK 7 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM KECERGASAN FIZIKAL

7.1 UJIAN

Jurulatih hendaklah menjadi penilai dengan menggunakan instrumen-instrumen ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan memberi keputusan-keputusan yang relevan. Biasanya pemilihan sesuatu jenis ujian adalah berdasarkan kepada kebolehan mengukur apa yang sepatutnya diukur. Selain daripada itu, ujian-ujian yang hendak dijalankan perlulah sesuai dengan kebolehan peserta dan ia perlu mengambil kira faktor peralatan yang akan digunakan dan tempat yang sesuai bagi menjalankan ujian-ujian tersebut.

7.1.1 Konsep, Definisi dan Matlamat
Definisi ujian ialah suatu alat prosedur atau teknik yang khusus yang digunakan untuk mendapatkan data, tindak balas atau respon dari peserta.

Matlamat ujian pula ialah untuk mendapatkan data-data atau tindak balas supaya proses pengukuran dan penilaian dapat dijalankan. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal seseorang individu.

7.1.2 Jenis-jenis Ujian
(a)     Ujian Kekuatan, Kuasa, Ketangkasan dan Daya Tahan.
(i)      Lari Ulang-alik 10m
(ii)     Bangkit Tubi
(iii)    Tekan Tubi
(iv)    Lompat Jauh Berdiri 
(b)     Ujian Kelenturan/Fleksibiliti
(i)      Jangkau Melunjur
(c)     Ujian Kardiovaskular
(i)      Lari 2.4km



7.2 Pengukuran

7.2.1 Konsep, Definisi dan Matlamat
Pengukuran ialah satu proses mengumpul maklumat untuk digunakan bagi membuat keputusan. Data /maklumat yang diperoleh hasil daripada pengukuran seterusnya akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik yang bersesuaian bagi membuat keputusan.

7.2.2 Alat Pengukuran
a.  Jam randik
b. Wisel
c.  Skitel/kon
d.  Pita pengukur
e.  Balapan
f.   Bola

7.2.3 Teknik-teknik Pengukuran
Teknik pengukuran yang digunakan mestilah bersifat objektif dan subjektif. Pengukuran secara kuantitatif digunakan oleh guru PJ bertujuan untuk menentukan hasil akhir sesuatu perlakuan atau kemahiran.

7.3.1 Konsep, Definisi dan Matlamat
Penilaian ialah proses guru mentafsirkan maklumat hasil daripada pengukuran berdasarkan piawai rujukan kriteria dan piawai rujukan norma. Penilaian biasanya dinyatakan dalam bentuk kualiti, kebaikan, merit /nilai. Penilaian yang berkesan memerlukan prosedur ujian yang baik.



Matlamat penilaian pula adalah seperti berikut:
a.     Menilai serta membuat pembaharuan terhadap program kecergasan ke tahap yang lebih tinggi secara perlahan-lahan.
b.     Untuk menilai kemajuan atau pencapaian seseorang individu.
c.      Membahagikan individu mengikut peringkat pencapaian masing-masing.
d.     Meningkatkan motivasi dan memberi kepuasan kepada seseorang individu dengan memberi markah atau gred pencapaian.
e.     Dapat mengenal pasti kelemahan atau kekurangan pelajar dalam sesuatu kemahiran sukan.
f.      Tambahan beban latihan dapat diperkenalkan mengikut keupayaan yang telah dicapai.
g.     Dapat mengenal pasti komponen-komponen tertentu dalam kecergasan fizikal yang telah menunjukkan peningkatan kesan daripada latihan dan pengajaran.
h.     Mendapatkan data-data bagi membolehkan kajian selanjutnya dibuat.

7.3.2 Proses Penilaian

Apabila semua ujian kecergasan fizikal dan proses pengukuran telah dijalankan atau dilakukan maka proses penilaian pula perlu dilaksanakan supaya segala data atau maklumat yang diperoleh tadi akan lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment